Sunday, 8 January 2017

ADA APA DENGAN THE POND?

Ada apa dengan The Pond a.k.a kolam katak? Mesti dikalangan cikgu yang tak pernah klik The Pond kan? kan? baik ngaku hehehe. Takpe meh Cikgu Tini terangkan apa ada dalam kolam katak. Jom kita lompat ke dalam kolam katak sambil cari berudu.

Klik pada Quick Launch - The Pond. Nah nampak tak Lily Pad? Eh, ada anak katak nama Lily Pad ke? Dah tak payah merepek sangat Cikgu Tini. The Lily pad adalah majalah online yang menawarkan pelbagai artikel menarik dengan rekabentuk dan warna yang cukup menangkap mata. Pendek kata memang cantik la design Lily Pad ni. Tak caya pi klik sendiri. Siap boleh download lagi.

Selain dari Lily Pad, ada Learn Centre, yang di boleh diakses melalui Quick Launch terus. Macam biasa la dekat Learn Centre ada macam-macam yang uoalls boleh belajar kalau tak ada masa nak gi bengkel. Bengkel jauhla, anak ramai la, kerja sekolah banyak la, tak de surat PPD la, kucing demam la. Banyak kan masalah kita. Apa nak buat, orang hidup mesti ada masalah. Mati belum tentu selesai masalah. Ok dah tukar nama Ustajah Raudhah Hartini. Keh..keh..keh. Dah, belajar la dekat Learn Centre.

Ok, ada satu lagu fungsi iaitu Frog Store Collection kalau diMalaysiakan jadi Koleksi Stor Katak. Hmmm..cuba bayangkan apa ada dalam stor katak. Korang bayangkan esok jelah. Saja Cikgu Tini tak snap gambar letak sini, sebab memang nak suruh korang klik sendiri. Macam-macam benda ada dalam stor katak tu. Pi klik sekarang.

Dan yang terakhir ada fungsi Explore. Fuh! memang best artikel dalam Explore. Pi klik sendiri. Dah namanya Explore. Banyak artikel menarik dan bermanfaat yang boleh kita kongsikan pada murid-murid kita. Jadilah cikgu seperti abam Google, pasti disuka semua. Ok, jumpa lagi baiiiiiii. 

No comments:

Post a Comment