Saturday, 14 January 2017

CARA EMBED FAIL PDF KE DALAM SITE

Selamat pagi cinta! Ada juga cikgu-cikgu yang pm dan tanya akak macam mana nak embed fail pdf dalam site. Kalau guna external link macam tak best depa kata. Akak kata memang tak best, yang best orang belanja makan jer. Hehehe

Okies back to the topic. Korang follow je step by step yang akak post tu InsyaAllah dengan lafaz Bismillah, bersihkan jiwa, niat dengan ikhlas dan suci murni pasti fail pdf anda akan terpampang dengan jayanya. Senyum. Kalau tak berjaya buat sampai berjaya. Tak berjaya juga boleh pm akak beserta voucher KFC. Hehe


1) Buka Google Drive

2) Masukkan Fail Pdf dalam Google Drive
3) Right click fail pdf dan klik share
4) Klik advanced, pastu klik change
5) Tick On - Public On The Web, pastu klik Save, pastu klik Done
7) PastuBuka Fail Pdf melalui Google Drive
8) Klik 3 bulat di sebelah kanan penjuru atas
9) Klik open in new window
10) Paparan fail PDF di new tab
11) Kli k3 bulat di sebelah kanan penjuru atas
12) Klik Embed Item
13) Copy HTML tu,
14) Pastekan dalam widget embed website dlam frog

Sunday, 8 January 2017

ADA APA DENGAN THE POND?

Ada apa dengan The Pond a.k.a kolam katak? Mesti dikalangan cikgu yang tak pernah klik The Pond kan? kan? baik ngaku hehehe. Takpe meh Cikgu Tini terangkan apa ada dalam kolam katak. Jom kita lompat ke dalam kolam katak sambil cari berudu.

Klik pada Quick Launch - The Pond. Nah nampak tak Lily Pad? Eh, ada anak katak nama Lily Pad ke? Dah tak payah merepek sangat Cikgu Tini. The Lily pad adalah majalah online yang menawarkan pelbagai artikel menarik dengan rekabentuk dan warna yang cukup menangkap mata. Pendek kata memang cantik la design Lily Pad ni. Tak caya pi klik sendiri. Siap boleh download lagi.

Selain dari Lily Pad, ada Learn Centre, yang di boleh diakses melalui Quick Launch terus. Macam biasa la dekat Learn Centre ada macam-macam yang uoalls boleh belajar kalau tak ada masa nak gi bengkel. Bengkel jauhla, anak ramai la, kerja sekolah banyak la, tak de surat PPD la, kucing demam la. Banyak kan masalah kita. Apa nak buat, orang hidup mesti ada masalah. Mati belum tentu selesai masalah. Ok dah tukar nama Ustajah Raudhah Hartini. Keh..keh..keh. Dah, belajar la dekat Learn Centre.

Ok, ada satu lagu fungsi iaitu Frog Store Collection kalau diMalaysiakan jadi Koleksi Stor Katak. Hmmm..cuba bayangkan apa ada dalam stor katak. Korang bayangkan esok jelah. Saja Cikgu Tini tak snap gambar letak sini, sebab memang nak suruh korang klik sendiri. Macam-macam benda ada dalam stor katak tu. Pi klik sekarang.

Dan yang terakhir ada fungsi Explore. Fuh! memang best artikel dalam Explore. Pi klik sendiri. Dah namanya Explore. Banyak artikel menarik dan bermanfaat yang boleh kita kongsikan pada murid-murid kita. Jadilah cikgu seperti abam Google, pasti disuka semua. Ok, jumpa lagi baiiiiiii. 

Saturday, 7 January 2017

PANDUAN ASAS VLE FROG KEPADA ADMIN DAN GURU


 Terima kasih kepada Cikgu Roaimah yang telah membina video ini sebagai panduan asas kepada para guru dan admin. Jom ikut step by step.


Tuesday, 3 January 2017

TANDA KASIH SAYANG CIKGU TINI

Nota VLE Frog ringkas tanda kasih sayang Cikgu Tini untuk Cikgu Bedah, Cikgu Peah, Cikgu Ali, Cikgu Abu, Cikgu Roy, Cikgu Izzat dan cikgu-cikgu lain yang sewaktu dengannya. Kalau nota ini bermanfaat, sebarkanlah ke seluruh alam. Cikgu Tini buat nota paling sempoi. Asas untuk bina site, cara share site, 3 widget untuk bina site dan cara assign kuiz sebagai tugasan.

Nota tersebut tak ada gambar, cuma tulisan, kalau uaolls follow nota tersebut step by step sambil minum kopi dan dimulakan dengan Bismillah, InsyaAllah dalam sebulan dua lagi uaolls akan sangat dikagumi oleh murid-murid uoalls. Sesekali kita guna method, kaedah dan teknik pembelajaran yang lain seperti VLE Frog pasti murid suka.

Lepas baca nota ni jangan lupa senyum dan doakan Cikgu Tini sentiasa sihat dan awet muda untuk update nota-nota VLE yang terkini. Ok, bai. Lapar pula petang-petang ni. Jom cari roti canai, teh tarik dan telur separuh masak. Perghhh ke lautan dalam dietku. 😅

Nah klik link ni ye sayam-sayam: bit.ly/notavlefrogcikguhartini