Thursday, 3 May 2018

SUKA KE TAK SUKA, SUKA-SUKA


Hari ni akak ambil pakej relief berjemaah dengan redhanya 😁. Murid merayu-merayu nak guna frog katanya. Oklah nak, mak ikut je.
Ada yang suka sangat-sangat guna vle, katanya murid boleh semangat siapkan kerja dalam buku latihan, reward nya guna frogplay, guna kahoot dalam vle untuk habiskan lesson hari itu, murid seronok, akak gembira.
Budak zaman sekarang, keluar perut mak dah ada akaun Ig. Akak baca kajian-kajian tentang radiasi bagai pada gadget untuk anak-anak. Apapun berpada dan bertempat, menolak terus teknologi zaman ini, bolehlah tutup akaun fb😎
Ada juga yang kata vle menyusahkan, buang masa, ajar macam biasa pun murid saya pandai dan dapat A. Nak kawal murid tahun 1 dan 2 masuk masuk makmal, murid linus lagi la, baca pun merangkak. Hmmmm..setiap pendapat dan pandangan tak salah. Sebab ianya hak peribadi kita di negara bertuah ini. Terpulanglah nak ajar cara mana pun asalkan murid faham. Cuma cara mana, teknik mana pun kita tetap kena belajar untuk mengajar.
Carilah ilmu, tambahlah kemahiran, bab kata Emkay Idzwan apa fungsi Fb untuk anda? Akak dah jawab soalan Emkay dengan karangan ini 😂
Senyum sambil renung pada matahari yang malu di balik pokok.
Gambar tiada kaitan sebab tak ada pun frog kak pokok tu.

Saturday, 21 April 2018

MSL TERBAIK YANG PERNAH AKAK IKUTI

Wowww MSL terbaik dari guru-guru hebat. Banyak akak belajar hari ni. Memang best! Next time Emkay Idzwan boleh buat lagi MSL macam ni. Banyak ilmu dari Puan Rabeah, Ustaz Amirul dan Teyan. Terbaiikk!








Friday, 20 April 2018

JOHAN MSSD BOLA JARING 7 TAHUN BERTURUT-TURUT

Akak bergegas dari Cyberjaya ke kejohanan sengit mereka. Sepanjang kursus, hati berdebar, doa dipanjat dari tingkat 8 moga kejayaan milik SKBK 2 lagi. Jejak sahaja tepi gelanggang terus mereka menjerit kegembiraan beserta air mata kesyukuran. Tahniah anak-anak Netball Elit Sk Bukit Kemuning 2. Semangat juang hingga ke hujung. Moga kejayaan lain bakal mengiringi. Bukan untuk bangga diri, sekadar merai bersama sahabat maya. Terus doakan mereka, moga doa itu kembali kepada empunya.
Cikgu pun ada jersi macam uoallss. Auuummm 😍

MSL BERSAMA PETALING PERDANA ADVOCATES

Bila dihubungi Tuan Emkay Idzwan terkejut kakak. Terasa retis tiba-tiba 🤣🤣🤣. Sebenarnya rasa tak cukup ilmu yang ada nak dikongsikan dengan audien. Tapi sebab tema Meet Share and Learn, kakak pergi dengan niat nak MSL dengan advokasi hebat Selangor yang lain. Kakak nak belajar dari depa.
Jom join bengkel ni, boleh kita selpie sampai pagi. 🤣🤣

Sunday, 15 April 2018

GIMIK HARI GURU PART 2

2 laptop bersama sepinggan nasi lomak di malam nan syahdu. Kembang setaman la akak dik oiiii. 😫😫🤣


Thursday, 12 April 2018

RAKAMAN GIMIK HARI GURU DAERAH PART 1




12 April
Fuhhhh patutla jadi cikgu je. Sekali shooting dengan cameraman professional scene untuk 2 minit, 2 jam lencun tengah panas lit..lit 🤣

Monday, 9 April 2018

Tuesday, 3 April 2018

PRSENTATION GIMIK HARI GURU PERINGKAT DAERAH

Keterujaan Tuan PPD dan Pengetua Guru Besar dengan presentation gimik. Cuma ada beberapa perkara perlu kami gali idea untuk dimurnikan. Ust Amri dan Cikgu Zahir mengejutkan beberapa Guru Besar. " Masuk SKBK 2 jadi retis" 😂