Bengkel Pengendalian Cemerlang Pelantar Maya VLE dan Bengkel Digital Classroom bersama KP Fizik dan Perakauanan Daerah Klang di SMK Raja Mahadi. Terima kasih sudi menjemput kami.
Wednesday, 23 May 2018
Monday, 14 May 2018
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN VLE DAERAH KLANG
Terima kasih PPD Klang, pentadbir SKBK 2, guru-guru SKBK 2, Frog Sifoo SKBK 2, Frog Ranger SKBK 2 dan Encik Boss Azmi Hj Muda.
Thursday, 10 May 2018
Aman
Kisah semalam, pelbagai bangsa turun, anak-anak muda, dewasa, warga emas yang tak lokek dengan senyuman dan ucapan terima kasih kasih kepada petugas SPR. Ada yang beratur hampir 3 jam. Ada juga yang mengeluh tapi lebih ramai memilih untuk bersabar.
Saya sayangkan keharmonian ini, saya sayangkan kepelbagaian ini. Moga 5 tahun mendatang lebih baik untuk kita, untuk anak-anak kita. Selamat datang Malaysia baru.
Monday, 7 May 2018
Dekat sebulan mandi tak lena, tido tak kenyang, makan tak basah kerana video ini. Berpanas merelip untuk rakaman, berjaga kalah cik ponti untuk editing. Akhirnya bila boss PPD angkat ibu jari lepas tamat majlis, rasa lepas semua beban. Fuhhhh! Syukur. Dah hampir dua minggu berlalu baru sempat akak upload. Inilah lakonan mantop guru-guru SKBK 2 yang sangat sporting, sempena gimik Hari Guru Peringkat Daerah 2018 yang bikin akak senyum setiap kali menonton
😄. Terima kasih semua.
😍
Thursday, 3 May 2018
SENYUM ITU REZEKI
Tak sia-sia senyum kat pokok tadi
😂. Tiba-tiba ada insan baik hati bagi pulut mangga pujaan. Memang sedap sangat. Semoga dimurahkan rezeki berpanjangan buat sipemberi
😍
😍
😍
😍
SUKA KE TAK SUKA, SUKA-SUKA
Hari ni akak ambil pakej relief berjemaah dengan redhanya
😁. Murid merayu-merayu nak guna frog katanya. Oklah nak, mak ikut je.
Ada yang suka sangat-sangat guna vle, katanya murid boleh semangat siapkan kerja dalam buku latihan, reward nya guna frogplay, guna kahoot dalam vle untuk habiskan lesson hari itu, murid seronok, akak gembira.
Budak zaman sekarang, keluar perut mak dah ada akaun Ig. Akak baca kajian-kajian tentang radiasi bagai pada gadget untuk anak-anak. Apapun berpada dan bertempat, menolak terus teknologi zaman ini, bolehlah tutup akaun fb
😎
Ada juga yang kata vle menyusahkan, buang masa, ajar macam biasa pun murid saya pandai dan dapat A. Nak kawal murid tahun 1 dan 2 masuk masuk makmal, murid linus lagi la, baca pun merangkak. Hmmmm..setiap pendapat dan pandangan tak salah. Sebab ianya hak peribadi kita di negara bertuah ini. Terpulanglah nak ajar cara mana pun asalkan murid faham. Cuma cara mana, teknik mana pun kita tetap kena belajar untuk mengajar.
Carilah ilmu, tambahlah kemahiran, bab kata Emkay Idzwan apa fungsi Fb untuk anda? Akak dah jawab soalan Emkay dengan karangan ini
😂
Senyum sambil renung pada matahari yang malu di balik pokok.
Gambar tiada kaitan sebab tak ada pun frog kak pokok tu.
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Terima kasih Dr Zahri Ramlan sudi merasmikan pelancaran Frogclassroom Sk Bukit Kemuning2 1 Ogos 2018 Gambar dan video rasmi dalam pro...
-
Bagaimana Padlet boleh digunakan sebagai pendrive. Wowww menarikkan? Jom download tutorial di bawah PANDUAN PENGGUNAAN PADLET SEBAGAI PEN...






